Belanjawan Selangor 2026 yang diumumkan oleh Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor pada 14 November 2025 bertemakan “Selangor Juara, Rakyat Sejahtera” memperkenalkan pelbagai inisiatif baharu untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat. Dengan peruntukan sebanyak RM3.23 bilion, belanjawan ini memberi tumpuan besar kepada sokongan keluarga muda, termasuk bantuan khas untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur bawah 6 tahun. Pelbagai insentif ini dijangka membantu mengurangkan kos sara hidup dan meningkatkan akses kepada kemudahan pendidikan serta penjagaan awal kanak-kanak.
Berikut ialah senarai bantuan utama yang memberi manfaat langsung kepada ibu bapa di Selangor, khususnya mereka yang mempunyai anak kecil.

1. Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS)
Kerajaan Negeri Selangor menyediakan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) yang bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa dalam membayar yuran tadika. Bantuan sebanyak RM50 sebulan akan diberikan kepada anak yang berumur 5 dan 6 tahun yang layak.
Maklumat Penting:
- Bantuan: RM50 sebulan (disalurkan terus kepada tadika)
- Syarat Kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Anak lahir dan menetap di Selangor atau ibu bapa yang bermastautin di Selangor lebih dari 5 tahun
- Pendapatan isi rumah bawah RM3,000
- Anak berumur 5 & 6 tahun dan belajar di tadika berdaftar
Maklumat lanjut, layari tunas.yawas.com.my
2. Iltizam Anak Selangor (ANAS)
Program ini adalah inisiatif Kerajaan Selangor untuk menyokong anak-anak yang lahir di Selangor dengan bantuan tabungan RM100 setahun selama 5 tahun. Setiap anak yang lahir pada tahun 2022 ke atas akan menerima jumlah keseluruhan RM500 apabila mencapai usia 18 tahun.
Maklumat Penting:
- Jumlah Tabungan: RM100 setahun selama 5 tahun (RM500 total)
- Syarat Kelayakan:
- Anak lahir selepas tahun 2022, warganegara Malaysia, dan menetap di Selangor
- Ibu bapa/penjaga juga warganegara Malaysia, pengundi berdaftar di Selangor
Permohonan boleh dibuat di anas.yawas.com.my
3. Inisiatif MamaKerja
Bagi membantu ibu bekerja yang mempunyai anak berusia enam tahun ke bawah, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan insentif MamaKerja yang memberikan RM100 sebulan selama setahun. Insentif ini bertujuan untuk meringankan beban ibu bekerja, terutamanya dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.
Maklumat Penting:
- Jumlah Bantuan: RM100 sebulan (RM1,200 setahun)
- Syarat Kelayakan:
- Wanita bekerja dan bermajikan
- Warganegara Selangor, menetap lebih dari 10 tahun
- Pendapatan isi rumah RM8,000 ke bawah
- Mempunyai anak berumur 6 tahun ke bawah
Maklumat terkini dan permohonan boleh dikemaskini di aplikasi SELANGKAH
Ringkasan Bantuan Belanjawan Selangor 2026
| Bantuan | Jumlah Bantuan | Kelayakan |
|---|---|---|
| Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) | RM50 sebulan | Anak 5 & 6 tahun, Pendapatan isi rumah bawah RM3,000, Ibu/Bapa menetap di Selangor |
| Iltizam Anak Selangor (ANAS) | RM100 setahun (5 tahun) | Anak lahir selepas 2022, Warganegara Malaysia, Ibu bapa pengundi di Selangor |
| Inisiatif MamaKerja | RM100 sebulan (RM1,200 setahun) | Wanita bekerja, Pendapatan isi rumah RM8,000 ke bawah, Anak 6 tahun ke bawah |
Layari Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, https://www.selangor.gov.my/ untuk maklumat lanjut
FAQ: Soalan Lazim
1. Bagaimana cara memohon Bantuan TUNAS?
Permohonan Bantuan TUNAS boleh dilakukan melalui laman web rasmi tunas.yawas.com.my. Pemohon perlu memastikan anak mereka bersekolah di tadika berdaftar.
2. Siapa yang layak memohon Iltizam Anak Selangor (ANAS)?
Anak yang lahir selepas tahun 2022, serta ibu bapa atau penjaga yang merupakan warganegara Malaysia dan pengundi berdaftar di Selangor layak memohon. Permohonan boleh dibuat di anas.yawas.com.my.
3. Bila tarikh permohonan untuk MamaKerja dibuka?
Tarikh rasmi permohonan belum diumumkan, tetapi anda boleh memeriksa status terkini melalui aplikasi SELANGKAH.
